Pejuang Patriotik: Leftenan Adnan

21 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 20 Ogos 2023, pihak PEDi Spaoh telah mengadakan satu lagi aktiviti sempena bulan kebangsaan tahun ini iaitu “Pejuang Patriotik: Leftenan Adnan”. Aktiviti ini telah dihadiri oleh lapan orang pelajar sekolah rendah. Aktiviti tersebut dijalankan dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengahari.

Sebelum menayangkan video mengenai pejuang negara, Leftenan Adnan, para pelajar telah diterangkan tentang definisi patriotik supaya mereka lebih memahami video tersebut. Patriotik ialah seorang yang bersifat patriot yang bermaksud orang yang cmencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya atau pun pembela negara. Melalui video yang ditayangkan, para pelajar telah diperkenalkan dengan Leftenan Adnan, seorang pejuang negara yang mempertahankan tanah airnya sehingga ke titisan darah terakhir beliau. Setelah video berakhir, sesi soal jawab telah diadakan untuk menguji tahap pemahaman dan fokus pelajar ketika menonton video tersebut.

PEDi Spaoh berharap melalui tayangan video tersebut, para pelajar dapat mengenali seorang lagi pejuang negara yang sangat mencintai tanah airnya dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan negaranya. Harapan pihak PEDi Spaoh agar para pelajar dapat mencontohi sifat patriot Leftenan Adnan dalam mencintai negara kita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali